Mengapakah PayPal mengemas kini tarikh tamat tempoh pada kad saya secara automatik?
Kami boleh mengemas kini tarikh tamat tempoh kad anda secara automatik apabila kami mempunyai maklumat baharu daripada pengeluar kad anda. Kami melakukannya dengan perkongsian bersama pengeluar kad kredit utama supaya bayaran anda tidak gagal dan anda tidak perlu mengemas kini butiran kad anda secara manual.
Apakah maklumat yang diberikan oleh pengeluar kad kepada PayPal?
Pengeluar kad memberi kami nombor kad baharu dan/atau tarikh tamat tempoh. Kami tidak menggunakan atau menyimpan kod CVV kad anda dan data kad yang kami terima daripada pengeluar kad anda disulitkan. Pengeluar kad anda boleh memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan pada kad anda (kecuali untuk perubahan nama), termasuk penutupan akaun.