Mengapa saya tidak dapat melihat kata laluan saya?
Mengapa saya tidak dapat melihat kata laluan saya?
Untuk membantu memastikan akaun anda selamat, anda tidak dapat melihat kata laluan anda. Jika anda tidak tahu kata laluan anda, mudah sahaja untuk mencipta kata laluan baharu.
Untuk menetapkan semula kata laluan anda pada web:
- Pergi ke log masuk kami.
- Klik Terlupa kata laluan?
- Masukkan alamat e-mel yang anda gunakan untuk PayPal dan klik Seterusnya.
- Pilih cara anda ingin melengkapkan pemeriksaan keselamatan kami dan klik Seterusnya.
- Sebaik sahaja anda melengkapkan pemeriksaan keselamatan, kami akan meminta anda untuk mencipta kata laluan baharu.
Untuk menetapkan semula kata laluan anda pada aplikasi:
- Ketik Terlupa kata laluan?
- Masukkan alamat e-mel yang anda gunakan untuk PayPal ketik Seterusnya.
- Pilih cara anda ingin melengkapkan pemeriksaan keselamatan kami dan ketik Seterusnya.
- Sebaik sahaja anda melengkapkan pemeriksaan keselamatan, kami akan meminta anda untuk mencipta kata laluan baharu.
Jika anda menghadapi masalah untuk log masuk, anda mungkin hanya perlu mengosongkan cache dan kuki daripada pelayar Internet anda.
Jika anda memerlukan bantuan untuk melakukan ini, pergi ke halaman sokongan pelayar web anda atau lakukan carian web untuk pelayar yang anda gunakan. Sebagai contoh: "Bagaimanakah cara untuk mengosongkan cache dan kuki dalam Internet Explorer 11?"
Nota: Panjang kata laluan PayPal anda sepatutnya 8-20 aksara dan termasuk sekurang-kurangnya satu nombor atau simbol (seperti: !@#$%^).