Adakah PayPal selamat?
Kami memastikan semua maklumat anda selamat. Contohnya, apabila anda menggunakan PayPal untuk menghantar pembayaran, penerima tidak menerima sebarang butiran kewangan yang sensitif seperti nombor kad kredit atau akaun bank anda. Anda tidak perlu risau tentang membayar seseorang dalam talian.
Selain itu, apabila anda membayar dengan PayPal di mana-mana tapak web, anda dilindungi oleh Perlindungan Pembelian PayPal . Kami akan membantu anda mendapatkan bayaran balik penuh jika item tidak sampai atau jika penjual tidak menerangkan item itu dengan tepat.