Di manakah pengeluaran saya?
Status "Lengkap" bermakna kami telah memproses permintaan pengeluaran anda. Walau bagaimanapun, amaun pengeluaran anda mungkin masih mengambil masa beberapa hari untuk dipaparkan dalam akaun bank anda kerana bank mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk memproses permintaan anda.
Jika bank menghadapi masalah dengan permintaan pengeluaran anda, mereka akan memaklumkan kepada kami dalam masa 1 minggu dari masa anda meminta pengeluaran anda. Kami akan menghantar e-mel kepada anda sekiranya kami menerima sebarang maklumat daripada bank anda. Jika bank tidak dapat memproses permintaan anda disebabkan maklumat yang tidak lengkap atau tidak betul dalam permintaan pengeluaran anda, dana akan dikembalikan ke akaun PayPal anda (yuran pemulangan mungkin dikenakan dalam kes ini).
Semua pindahan adalah tertakluk kepada semakan dan boleh ditangguhkan atau dihentikan jika kami mengenal pasti masalah.