Bagaimana jika saya gagal mengesahkan debit atau kad kredit saya?
Jika pautan "Sahkan Kad" muncul di sebelah butiran kad anda, anda perlu mengesahkan kad debit atau kredit ini sebelum anda boleh menggunakannya dengan PayPal. Langkah ini membantu untuk memastikan bahawa kad itu sah dan kepunyaan anda.
Jika anda salah memasukkan kod PayPal sebanyak 5 kali, kad itu dilumpuhkan daripada sistem PayPal. Anda perlu menghubungi kami untuk membantu anda menetapkan semula. Selepas anda menambahkan semula kad ini pada akaun anda, anda boleh meminta kod PayPal sekali lagi untuk mengesahkan kad anda.