Bagaimanakah PayPal menyimpan data saya dan memastikan data saya selamat?
Kami menyimpan data peribadi anda dalam pangkalan data yang selamat. Selain itu, kami menyulitkan maklumat sulit anda secara automatik apabila maklumat anda disimpan dan dihantar. Data anda tidak boleh dipintas apabila dihantar daripada komputer kepada kami. Selain itu, apabila anda menggunakan PayPal untuk membuat pembelian yang selamat, kami tidak berkongsi butiran bayaran anda dengan penjual.
Mengenai data anda yang paling sensitif, seperti maklumat cukai, akaun bank atau nombor kad kredit, kami telah mereka bentuk sistem kami supaya pekerja kami hanya melihat maklumat yang diperlukan untuk membantu anda. Sebagai contoh, mereka hanya boleh melihat 4 digit terakhir nombor akaun kewangan anda.
Untuk melindungi keselamatan data pelanggan kami, kami tidak mendedahkan lokasi pangkalan data atau butiran kami yang berkaitan dengan sistem keselamatan kami, algoritma atau sistem penyulitan.