Bagaimanakah saya boleh merayu keputusan PayPal mengenai kes saya?
Keputusan yang dibuat pada akhir tuntutan biasanya adalah muktamad. Keputusan hanya boleh di rayuan jika maklumat baharu dikemukakan. Jika anda ingin merayu keputusan tuntutan, anda boleh berbuat demikian di Pusat Resolusi dalam masa 10 hari dari tarikh penutupan kes.
Berikut ialah cara untuk merayu keputusan kes:
- Pergi ke Pusat Resolusi.
- Klik Laporkan Masalah.
- Pilih Kes ditutup dalam menu juntai bawah dan cari tuntutan yang anda ingin rayu.
- Klik Rayuan dalam lajur tindakan.
Butang Rayuan hanya akan tersedia selama 10 hari selepas kes anda ditutup.